"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Sunday, October 31, 2010

Best! Nasheeed Yaa Taybaa

1 comments
Share

Nasheed - Selawat Ya Imam Rusli

1 comments


Share

Berdosa Salah Guna Facebook

0 comments

KEGILAAN SATU DUNIA…facebook yang dilancar pada Februari 2004 mempunyai sejumlah 500 juta pengguna aktif setakat Julai lalu.

SELEPAS sekian lama meninggalkan bangku persekolahan, memang tidak menyangka bertemu semula kenalan lama selepas berbelas tahun terpisah.Inilah manfaat laman sosial yang kini menjadi kegilaan masyarakat terutama golongan muda.

Facebook mendapat sambutan sehingga syarikat pengeluar telefon bimbit mengeluarkan telefon yang mempunyai aplikasi lebih mudah untuk mengemas kini profil pada bila-bila masa. Malah, ada yang bertemu jodoh selepas ‘bersembang’ di alam maya Facebook. Begitulah berpengaruh laman sosial ini kepada masyarakat teknologi maklumat hari ini.

Namun, kebaikan dan manfaat Facebook kini disalah guna sesetengah pihak untuk melakukan segala macam perbuatan negatif.Ada yang mendedahkan aurat, maki hamun, fitnah serta mendedahkan keaiban suami isteri.

Paling ditakuti apabila ada pihak mengambil kesempatan membuat akaun peribadi orang lain lalu menyebarkan gambar atau maklumat palsu.

Ada pula yang menggunakan kemudahan Facebook untuk mempersendakan agama serta membuat kenyataan bersifat perkauman yang boleh menggugat keharmonian. Ini bertentangan dengan etika dan amalan agama. Tiada halangan kepada pemilik akaun Facebook meluahkan perasaan, cuma berhati-hati dan jangan keterlaluan.

Kisah dan perihal rumah tangga contohnya, tidak boleh diceritakan secara terbuka.

Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap perbuatan mengadu domba dan fitnah. Jika mendengar cerita kurang baik, pastikan sumber itu sahih, bukan fitnah.

Share

Thursday, October 28, 2010

Pakai skirt, dedah tubuh di Itali boleh didenda RM2,000

1 comments

NAPLES: Sebuah bandar di pesisir pantai selatan Itali bercadang melarang pemakaian skirt pendek atau pakaian menjolok mata dalam usaha pentadbirannya menjaga akhlak penduduk setempat.

Datuk Bandar Castellammare di Stabia, Luigi Bobbio, berkata jika peraturan itu dilanggar, pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000.

“Peraturan ini dikhususkan kepada

Share

15 PINTU SYAITAN

0 comments

15 Pintu Syaitan Yang Ada Didalam Diri Kita

– pintu marah
– cinta dunia
– kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
– panjang angan-angan
– rakus
– bakhil
– suka pada pujian
– riak
– ujub (merasa kagum)
– takut dan gelisah
– buruk sangka
– memandang rendah pada orang lain
– merasa suka pada dosa
– merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
– putus asa daripada rahmat “ALLAH”

Share

Wednesday, October 27, 2010

Antara Maruah Dan Duit

0 comments

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Share

Tuesday, October 26, 2010

Arak Vs. Air Bikarbonat

0 comments




PERHATIAN SEMUA!!!!!! Carlsberg baru sahaja mengluarkan dua produk minuman tiru terbarunya bernama Jolly Shandy berperisa lemon dan orange.

Share

Sunday, October 24, 2010

Sempat Bersama Syeikh Jamal Farouq Jibril Ad-Daqaq Al-Hasani di IPTB

0 comments


Assalamualaikum, sudah lama rasenya penulis tidak nukilkan pada blog ini. Sebelum ini penulis sempat ‘copy’ blog orang lain…hehe..Hal ini kerana penulis tidak sempat untuk meluangkan masa untuk update blog ni. Alhamdulilah, pada 24 sept yang lepas, penulis sempat bersama Syeikh Azhar yaitu Syeikh Jamal Farouq Jibril Ad-Daqaq Al-Hasani di IPTB. Penulis bersyukur kerana inilah pertama kali buat penulis dapat bersama-sama dengan Syeikh Azhar dalam majlis ilmu seperti ni.Share

Saturday, October 23, 2010

Download! DVD AL-QURAN INTERAKTIF

0 comments
Banyak kelebihan yang diperolehi daripada DVD Al-Quran ini :
  1. Bacaan Al-Quran 30 juzuk (Resm diwarnakan untuk memudahkan pembaca mengingati tajwid.
  2. Himpunan doa harian.
  3. Panduan solat.
  4. Haji & Umrah.
Share

Produk Terbaru HPA

0 comments
Share

Friday, October 22, 2010

Benarkah Minuman Soya Berkhasiat?

1 comments
Benarkah minuman soya baik untuk kesihatan? Menurut syarikat pembuat minuman soya, ia mengandungi protin dan kalsium. Malah kononnya ia adalah satu alasan yang baik untuk tidak makan di tengahari kerana terlalu sibuk dengan tugas di pejabat! Perkara yang mereka tidak mahu anda semua tahu ialah proses mengekstrak susu soya menggunakan sejenis bahan kimia dan bahan kimia itu tidak lagi dapat diasingkan dari selepas soya itu dibungkus sebagai minuman. Share

Thursday, October 21, 2010

Masa

0 comments

Besar Ganjaran Jika Bijak Urus Masa

MASA tidak akan menunggu kita walaupun sesaat. Manusia sentiasa berhubung dengan masa dalam ‘pengembaraan’ mereka di muka bumi ini yang bermula daripada kelahiran sehingga dijemput pulang mengadap Ilahi.

Ia ibarat pedang, sekiranya tidak mencantas, masa pasti memintas kita. Masa ibarat senjata tajam yang amat bermanfaat dan menguntungkan manusia sekiranya digunakan dengan baik.

Share

Monday, October 18, 2010

Tengku Fa-iz dilantik Tengku Mahkota Kelantan

2 comments

SULTAN MUHAMMAD V (kanan) menyerahkan watikah pelantikan Tengku Mahkota Kelantan kepada Tengku Muhammad Fa-iz di Istana Negeri, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Share

Monday, October 11, 2010

30 Pesanan Imam As-Syafie (2)

0 comments

6. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.


7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebgai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.


8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

Share

Friday, October 1, 2010

Sebab Apa Pelajar Sekolah Tidak Suka Membaca Buku

0 comments

Sebab apa ramai pelajar sekolah tidak suka membaca buku?

Sebab apa mereka kurang minat mahu belajar?

Mungkin, mereka tidak ada matlamat. Jika Anda salah seorang daripada pelajar sebegini, inilah saat yang paling ngam untuk Anda teliti hati Anda.

Ilmu yang kita pelajari di dalam kelas akan masuk ke fikiran.

Hati yang bersih akan membuat kita senang memahami apa yang di ajar oleh guru.

Hati yang kurang bersih membuat fikiran kita bercelaru.

Hati ‘kotor’ akan membuat kita tidak tahu apa matlamat kita sebagai seorang pelajar.

Kita akan malas belajar, malas mahu membaca buku, terasa berat nak mengulangkaji.

Masuk ke kelas pun malas-malas saja. Kesan paling ketara, kita tidak akan minat untuk belajar. Bangun pagi pergi ke sekolah hanya semata-mata untuk memenuhi

Share

Zuhud Bukan Bermakna Tinggalkan Langsung Hal Dunia

0 comments

SEBUT saja zuhud, terbayang dalam pemikiran segelintir umat Islam tuntutan meninggalkan hal bersangkutan keduniaan seperti harta serta menjalani kehidupan dengan membanyakkan amalan serta hidup bersederhana.

Malah ada yang terus meninggalkan hal dunia, sebaliknya menumpukan kepada usaha mencari kekayaan untuk akhirat nanti. Keadaan itu jauh sama sekali terpesong daripada sifat zuhud dianjurkan Islam serta menyalahi fitrah manusia. Disebabkan salah faham itu, agama dilihat buruk. Zuhud seperti diungkapkan Iman Al-Ghazali ialah suatu keputusan untuk membanteras jiwa daripada segala rupa kesenangan sambil melangkah kepada lebih baik iaitu dengan meninggalkan yang tidak baik kepada lebih baik. Sheikh Muhammad Al-Mubarak dalam buku Sistem Islam, Akidah dan Ibadat menulis, seorang yang melebihkan akhirat dan apa yang berkaitan dengannya di atas dunia.

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Catatan Musafir Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template