"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Showing posts with label Markaz Ugama. Show all posts
Showing posts with label Markaz Ugama. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

15 PINTU SYAITAN

0 comments

15 Pintu Syaitan Yang Ada Didalam Diri Kita

– pintu marah
– cinta dunia
– kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
– panjang angan-angan
– rakus
– bakhil
– suka pada pujian
– riak
– ujub (merasa kagum)
– takut dan gelisah
– buruk sangka
– memandang rendah pada orang lain
– merasa suka pada dosa
– merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
– putus asa daripada rahmat “ALLAH”

Share

Monday, October 11, 2010

30 Pesanan Imam As-Syafie (2)

0 comments

6. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.


7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebgai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.


8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

Share

Friday, October 1, 2010

Zuhud Bukan Bermakna Tinggalkan Langsung Hal Dunia

0 comments

SEBUT saja zuhud, terbayang dalam pemikiran segelintir umat Islam tuntutan meninggalkan hal bersangkutan keduniaan seperti harta serta menjalani kehidupan dengan membanyakkan amalan serta hidup bersederhana.

Malah ada yang terus meninggalkan hal dunia, sebaliknya menumpukan kepada usaha mencari kekayaan untuk akhirat nanti. Keadaan itu jauh sama sekali terpesong daripada sifat zuhud dianjurkan Islam serta menyalahi fitrah manusia. Disebabkan salah faham itu, agama dilihat buruk. Zuhud seperti diungkapkan Iman Al-Ghazali ialah suatu keputusan untuk membanteras jiwa daripada segala rupa kesenangan sambil melangkah kepada lebih baik iaitu dengan meninggalkan yang tidak baik kepada lebih baik. Sheikh Muhammad Al-Mubarak dalam buku Sistem Islam, Akidah dan Ibadat menulis, seorang yang melebihkan akhirat dan apa yang berkaitan dengannya di atas dunia.

Share

Wednesday, September 29, 2010

30 Pesanan Imam As-Syafie (1)

0 comments
1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
Share

Monday, September 27, 2010

Muhasabah_Kepentingan Muhasabah Diri

0 comments


Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak).
(Riwayat al-Tarmizi).Share

Wednesday, March 17, 2010

menjaga akhlak

0 comments



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim


Huraian
i) Islam adalah agama yang mengajar umatnya nilai peradaban yang tinggi serta sopan santun yang terpuji. Maka individu yang benar-benar beriman semestinya akan mengamalkan segala ajaran Islam untuk menjaga keselamatan dirinya iaitu dengan memelihara percakapannya demi menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya sesuai dengan keadaan masing-masing.Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Catatan Musafir Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template