

Syaikh abdul Aziz Al- Syaibi, 82 tahun, penjaga pintu Ka’bah telah meninggal dunia pada hari Ahad pagi ( 7 Nov ) yang lalu. Beliau dimakamkan di Perkuburan Maala setelah selesai disolatkan di Masjidil Haram.
Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi untuk menjaga Ka’bah sejak zaman Jahiliyah ( zaman pra-Islam). Amanah ini diwarisi oleh anggota tertua dari keluarga dan tidak diberikan dari ayah kepada anak. Ini kerana, umur merupakan landasan utama untuk mendapatkan warisan sebagai penjaga kunci Ka’bah.
Seluruh umat Islam sangat menghormati keluarga Al-Syaibi yang menjadi penjaga Ka’bah Suci itu serta kuncinya. Keluarga Syaikh Abdul Aziz mempunyai hubungan yang berhubung terus dengan Utsman bin Syaiba Abithalha yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau juga mempunyai seramai 370 anggota keluarga dan sebahagian besarnya tinggal di Mekkah.
Keluarga Al-Syaibi juga telah diberi kepercayaan untuk memegang posisi ini sejak zaman Qusay bin Kilab yang hidup sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W. Raja Faisal telah memberikan kunci Ka’bah kepada Syaikh Amin, saudara kepada Abdul Aziz Al-Syaibi. Syaikh Abdul Aziz Al-Syaibi telah memegang amanah ini selama 16 tahun terakhir dan keluarga beliau telah diberikan amanah untuk menjaga Ka’bah dan kuncinya selama 15 abad terakhir.
Ka’bah telah dibersihkan dua kali dalam setahun, sekali di pertengahan bulan Sya’ban dan keduanya dipertangahan bulan Dzul Qa’edah menggunakan air Zamzam yang bercampur dengan air mawar dan parfum dengan Oud.
Menurut Abdul Aziz, Ka’bah sentiasa terbuka tiga kali dalam sebulan bagi masyarakat untuk masuk dan berdoa di dalamnya. Akan tetapi, apabila jumlah umat islam yang masuk semakin meningkat, Ka’bah kembali ditutup.
Kunci Ka’bah tidah berubah dengan perubahan pintu itu. Sepanjang pemerinthan Raja Khalid, pintu telah diubah akan tetapi, kuncinya tetap tidak berubah. Pintu Ka’bah selebar 240 meter dan tingginya sepanjang 170 meter. Pintu ini diperbuat daripada emas murni. (fq/arabnews)
sumber : eramuslim
Share
“Kenapa orang bukan Islam sangat sukar untuk memahami Islam?” tanyanya pemuda itu dengan nada kesal.
“Sebab orang Islam sendiri gagal memahamkan mereka,” jawab saya perlahan.
“Kenapa orang Islam gagal memahamkan bukan Islam tentang Islam?”
“Sebab orang Islam sendiri tidak faham Islam!”
“Apa bukti kata-kata awak ni?”
“Buktinya jelas. Lihat sahaja dalam realitinya, apakah masyarakat Islam pada hari ini selamat dan menyelamatkan.”
“Kenapa ke situ pula arah percakapan awak?”
ShareRenungan Harian merupakan koleksi sebahagian kecil
hadis-hadis yang dimuatkan dalam perisian ini untuk
tatapan dan renungan anda semua. Alangkah eloknya jika
semasa kita membuka komputer kita,kita di ingatkan oleh
hadis-hadis disamping menimba ilmu.
semoga perisian kecil ini bermanafaat untuk kita semua.
Sejarah Program
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Renungan Harian 1.0:*baru dikeluarkan.
Renungan Harian 2.0:
*tambah interface
*upgrade data hadis
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam malaysia
*tutup program secara automatik dalam masa 20 saat
*tarikh
Perjalanan seorang daie sungguh panjang dan meletihkan. Orang yang lalai akan bertanya ; "mengapa kau rela melelahkan diri sedemikian rupa?" jawab sang daie dengan pasti ; " aku mengharapkan kerehatan yang kekal" -ibn qaiyyim al jauziyyah
Catatan Musafir Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template