"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Monday, October 18, 2010

Tengku Fa-iz dilantik Tengku Mahkota Kelantan


SULTAN MUHAMMAD V (kanan) menyerahkan watikah pelantikan Tengku Mahkota Kelantan kepada Tengku Muhammad Fa-iz di Istana Negeri, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada pukul 2 petang semalam.

Mohd. Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.

Tengku Muhammad Fa-iz, 36, ialah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri.

Tengku Muhammad Fa-iz yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Januari 1974 dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.

Mohd. Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau Pemangku Raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan.

Share

2 comments:

L on October 24, 2010 at 5:08 AM said...

Hasif kenaper eehh jadi g2.

MHI on October 24, 2010 at 9:51 AM said...

jadi gno Z @ L?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Catatan Musafir Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template