"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Sunday, October 24, 2010

Sempat Bersama Syeikh Jamal Farouq Jibril Ad-Daqaq Al-Hasani di IPTB




Assalamualaikum, sudah lama rasenya penulis tidak nukilkan pada blog ini. Sebelum ini penulis sempat ‘copy’ blog orang lain…hehe..Hal ini kerana penulis tidak sempat untuk meluangkan masa untuk update blog ni. Alhamdulilah, pada 24 sept yang lepas, penulis sempat bersama Syeikh Azhar yaitu Syeikh Jamal Farouq Jibril Ad-Daqaq Al-Hasani di IPTB. Penulis bersyukur kerana inilah pertama kali buat penulis dapat bersama-sama dengan Syeikh Azhar dalam majlis ilmu seperti ni.



Banyak ilmu yang dapat penulis ‘upgradekan’ dpd majlis ilmu ini. Antaranya dapat memahami tauhid dengan lebih mendalam. Syeikh ini juga memberi penjelasan mengenai dengan isu-isu yang bergolak di hamparan muka bumi ini.

Alangkah bertuahnya jika penulis diberi kesempatan lagi oleh Illahi untuk bersama-sama dengan para ulamak. Hal ini kerana umum juga mengetahui bahawa ilmu juga ditarik oleh Allah s.w.t dari muka bumi dengan mengangkat para ulamak dari muka bumi ini. Jadi, nikmat kehidupan yang diberi oleh Allah s.w.t ini kepada penulis dan kalian semua, sama-samalah kita guna untk menimba ilmu bersama para ulamak. Kadang-kadang penulis juga terleka dengan ‘aktiviti dunia hariini’. Penulis masih mengingati pesanan dpd sahabat penulis yang berada di USIM, dia berpesan dengan hadith Rasulullah s.a.w : " ilmu itu ibarat barang tinggalan orang islam yang telah tercicir... di mana sahaja kamu menjumpainya.. kamu kutiplah ia.. kamu carilah dan kamu galilah" ‘walaupun hadis nie dhoif tapi bagi ana mafhum die maklum’. Lebih kurang beginilah mesej pesanan dpd sahabat penulis.

Akhir pada majlis ilmu ini, penulis sempat bersalaman dengan syeikh ini………




Video d bawah penulis paparkan untuk kalian semua..Syeikh ini pun ada dalam video ni…



Share

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Catatan Musafir Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template