"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Friday, October 22, 2010

Benarkah Minuman Soya Berkhasiat?


Benarkah minuman soya baik untuk kesihatan? Menurut syarikat pembuat minuman soya, ia mengandungi protin dan kalsium. Malah kononnya ia adalah satu alasan yang baik untuk tidak makan di tengahari kerana terlalu sibuk dengan tugas di pejabat! Perkara yang mereka tidak mahu anda semua tahu ialah proses mengekstrak susu soya menggunakan sejenis bahan kimia dan bahan kimia itu tidak lagi dapat diasingkan dari selepas soya itu dibungkus sebagai minuman.

Kita mungkin tidak pernah mendengar bahawa minuman soya yang dikatakan berprotin dan kalsium itu sampai mengandungi bahan kimia yang jarang kita dengar. Sebaliknya, soya itu sendiri tidak mengandungi bahan kimia ini, tetapi apabila jatuh ke tangan manusia yang tamak dan hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata, mereka telah menggunakan sejenis kimia dinamakan Hexane dalam proses mengekstrak susu dari kacang soya itu. Maka bahan kimia itu akan tinggal terus bersama minuman yang dihasilkan akhirnya diminum oleh pengguna yang percaya bahawa soya mengandungi protin dan kalsium. Sungguh mudah masyarakat kita ditipu. Lebih malang lagi jika produk itu dilabelkan sebagai 'organik' dengan alasan ia diperolehi dari ladang-ladang yang tidak menggunakan racun pesticide. Menurut laman web foodconsumer.org, hanya 70% dari bahan semulajadi sudah mencukupi syarat dianggap sebagai organik setelah melalui ujian, selebihnya 30% lagi tidak perlu melalui proses'organik. Maka jumlah 30% ini memberi ruang kepada kemasukan hexane menyelusup masuk di dalam proses menghasilkan minuman soya. Hexane dalam formula kimia C6H14 didapati dalam bentuk minyak. Ia tidak berwarna dalam suhu bilik dengan suhu didih antara 50 hingga 70 akan mengeluarkan bau seperti minyak petrol. Hexane digunakan sebagai perekat kasut dan produk berasaskan kulit. Kebanyakan penggunaannya adalah untuk tujuan pembersihan dan pengekstrakan. Tetapi tahap toksiknya masih belum diperbincangkan secara ekstensif. Pendedahan yang berpanjangan terhadap hexane boleh mendatangkan masalah sakit kepala, pening dan kegagalan sistem penghantaran isyarat di dalam sel tubuh (nervous system). Apa yang perlu kita ketahui, hexane sepatutnya bukanlah sejenis bahan yang masuk ke dalam perut anda kerana ia bahan kimia yang dihasilkan dari makmal. Soya juga tidak berapa diperlukan oleh tubuh kita kerana ia mengandungi omega-6 yang melebihi omega-3. Kita sepatutnya mendapatkan lebih nisbah omega-3 kepada omega-6 sebanyak 3:1. Jika tubuh berlebihan omega-6, akan berlaku kecederaan dalaman (inflammation).

Kita patut mengambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri kita atau orang yang kita sayangi. Selepas ini, saya akan mengurangkan pengambilan minuman berasaskan soya.

Ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa isu minuman soya ini telah lama menimbulkan kontroversi di luar negara - oleh sebab golongan aktivis mereka sangat aktif (tidak seperti di Malaysia) memperjuangkan hak-hak pengguna malah mereka mendapat sokongan yang kuat dari sebilangan besar pengguna itu sendiri.Share

1 comments:

Iqa Zulaika on April 17, 2011 at 4:12 AM said...

thanks for the information..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Catatan Musafir Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template